Kapasitor ialah suatu alat penyimpanan tenaga elektrik yang boleh mengecas dan menyahcas.

Seperti perintang,pemuat juga salah satu daripada komponen elektronik penting yang terdiri daripada dua pengalir yang diasingkan oleh satu penebat yang dinamakan dielektrik.

Thursday, September 2, 2010

KEROSAKAN KAPASITOR

Terdapat tiga jenis kerosakkan yang sering berlaku ke atas kapasitor ialah:-


1) Litar Buka (open circuit)

Litar buka biasanya disebabkan oleh bahagian terminal yang tertanggal dari plat kapasitor.kapasitor ini boleh dikesan dengan menggunakkan multimeter di mana jarum penunjuk multimeter akan menunjuk bacaan infiniti.

2) Litar Pintas (short circuit)

Litar pintas mungkin berlaku disebabkan oleh kerosakan pada penebat dielektrik kerana voltan yang berlebihan atau terlampau panas.Kerosakan ini boleh dikesan dengan melakukan ujian penerusan melalui multimeter dalam julat ohm.Jarum penunjuk multimeter bacaan yang paling rendah.

3) Kebocoran Berlebihan (leakage)

Kapasitor disifat sebagai bocor berlebihan apabila ia tidak dapat menyimpan cas. Ia boleh diuji dengan menggunakan multimeter dalam julat ohm jarum penunjuk akan naik dan turun dengan cepat.Apabila satu kapsitor yang baik diuji dengan multimeter dalam julat ohm,jarum penunjuk meter akan turun ke bacaan rendah dan perlahan-lahan bergerak kebacaan yang tinggi (jenis elektrolitik).

No comments:

Post a Comment